Dua maut dihempap kren

0
1308
Dua pekerja binaan maut dihempap kren di RAPID, Pengerang, Johor

KOTA TINGGI, dua pekerja tapak bina maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian kren menghempap sebuah lori di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kejadian berlaku pada jam 3.45 petang. Namun punca kejadian masih dalam siasatan.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun berasal dari Selangor maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi warga Pakistan berusia 22 tahun maut dalam perjalanan ke hospital.”

“Seorang lagi mangsa warga Pakistan berusia 24 tahun pula dilaporkan cedera dan dilaporkan stabil.”

Pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor juga telah mengesahkan kejadian namun pihaknya masih menunggu maklumat berhubung insiden itu.

Menurut JKKP Johor, insiden yang melibatkan sebuah ‘Mounted Truck Crane MTV’ dan ‘Overhead Travelling Crane (OTC)’, masih dalam siasatan.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/10/271394/dua-maut-dihempap-kren

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

seven + two =