Dua puluh tertimbus dalam runtuhan

0
1152
Tanah Runtuh di Tanjung Bungah. 20 terperangkap

GEORGE TOWN, (21 Oktober): Dua Puluh pekerja telah tertimbus dibawah runtuhan tanah di sebuah tapak pembinaan di Tanjung Bungah disini hari ini.

Dalam insiden yang berlaku pada jam 8.50 pagi itu, terdapat sebuah bukit setinggi 10 meter bersebelahan dengan kawasan tapak pembinaan telah runtuh yang mengakibatkan dua puluh pekerja tapak bina berkenaan terperangkap dibawah runtuhan tersebut. Lokasi tapak pembinaaan itu tidak jauh dari Kolej Tunku Abdul Rahman Kampus Pulau Pinang.

Ketika ini, pasukan penyelamat masih lagi dalam proses menggali dan menyelamatkan mereka yang terperangkap dibawah runtuhan tanah dan lumpur.

Pada jam 10.45 pagi, terdapat 2 mangsa dapat diselamatkan. Kedua-duanya dipercayai warga asing.

Seorang pekerja telah memberitahu NST Online “kejadian berlaku sangat pantas… kami tidak sempat untuk berbuat apa-apa “.

Sumber : Free Malaysia Today / NST Online

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

17 + 1 =