DXS Engineering Sdn Bhd di MIMEX 2017

0
1371
Sistem Perancah Aluminium
Dr. Sabri Jamil di MIMEX 2017 sedang memberi penerangan tentang sistem perancah aluminium.

KUALA LUMPUR. Pada 4 – 6 Oktober yang lalu telah berlangsungnya ‘Malaysian International Marine Expo 2017 (MIMEX2017)’ yang dianjurkan oleh NRG Exhibitions dan Institut Maritim Malaysia (MIMA) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pameran ini bertujuan untuk mengetengahkan teknologi-teknologi terkini dalam bidang industri pembuatan, pembaikan, kejuruteraan dan teknologi kapal dan maritim.

Teknologi ‘Aluminium Scaffolding’  yang dipersembahkan oleh Dr. Sabri Jamil daripada syarikat DXS Engineering Sdn Bhd telah mencuri perhatian pengunjung yang hadir di pameran tersebut. Menurut beliau, sistem perancah konvensional ini telah wujud di pasaran melebihi 40 tahun, namun inovasi dan rekaan baru sistem perancah masih di tahap yang rendah. DXS Engineering Sdn Bhd telah mereka sebuah sistem perancah aluminum yang mampu menjimatkan masa pemasangan sehingga dua kali ganda dan ianya jauh lebih ringan daripada sistem perancah yang sedia ada di pasaran.

Teknologi perancah aluminium juga mampu bertahan lebih lama di tengah laut kerana bahan yang digunakan mempunyai ketahanan hakisan yang tinggi jika dibandingkan dengan sistem perancah konvensional. Secara tidak langsung, ianya akan dapat menjimatkan masa dan kos.

Dr. Sabri Jamil sedang menerangkan kepada pengunjung MIMEX 2017 tentang sistem perancah aluminium

Dengan penganjuran MIMEX kali ini, kita dapat melihat teknologi dan inovasi terkini industri kapal dan maritim. Program seumpama ini dapat memberi impak yang sangat baik dan diharap ianya akan terus dianjurkan pada akan datang.

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

twelve − 2 =