Tiga parah, letupan bom di bandar Malaysia

0
1180
Letupan Bom Perang Dunia Ke-2 di Tapak Pembinaan Stesen MRT Bandar Malaysia (BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa terdapat letupan berlaku ditapak pembinaan stesen Mass Rapid Transit (MRT) Bandar Malaysia yang berpunca dari bom era perang dunia ke-2.

Ketika dihubungi pihak Bernama, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh telah mengesahkan kejadian itu.

“Dari siasatan awal yang dijalankan, sebutir bom lama era perang dua ke-2 telah meletup secara tiba-tiba ketika kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan,”

Menurutnya lagi, insiden berkenaan berlaku sekitar jam 5.00 petang dan tiga pekerja warga Bangladesh cedera parah dan dua daripadanya kehilangan kaki manakala seorang lagi kehilangan kaki dan tangan.

Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 5.23 petang dan tiba ditempat kejadian 10 minit kemudian.

Seramai 25 pegawai dan anggota dengan lima jentera dari Balai Bomba Hang Tuah, Pudu dan Tun Razak bergegas ke lokasi kejadian.

Sumber : Bernama / New Straits Times

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

fourteen − ten =